Kehidupan peribadi Mamat_Khalid

Beliau berkahwin dengan Hasmah Hassan pada 12 April 1987 dan dikurniakan lima orang anak—Mohd. Khalid Zaffa (lahir 1987), Nor Sara (lahir 1990), Mohd. Khalid Adam (lahir 1994), Mohd. Khalid Amen (lahir 1995) dan Nur Hassanah (lahir 1999).[51]

Pada Jun 2014, Mamat kehilangan hampir RM100,000 apabila tiga lelaki memecah masuk ke rumahnya dan kemudian melarikan diri dengan kenderaan pacuan empat roda.[52]

Beliau hanya menyedari rumah dipecah masuk pada kira-kira jam 6:30 pagi apabila beliau bangun untuk menunaikan solat Subuh.[52] Hasil daripada rakaman CCTV, perompak mengumpil tetingkap untuk masuk ke rumah, kemudian melarikan diri dengan Mitsubishi Triton dan melarikan kamera antik, iPad, PlayStation dan RM500, menjadikan jumlah kerugian kira-kira RM100,000.[52] Ketika kejadian, Mamat berada di lokasi penggambaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.[52] Isteri beliau, Hasmah Hashim, membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Kampung Rapat pada kira-kira pukul 11 pagi.[52]

Pada 21 April 2017, Mamat telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri, Selangor, selepas mengadu sukar untuk bernafas kira-kira jam 3 pagi selepas pulang minum bersama rakan-rakannya. Beliau dipercayai terlalu keletihan selepas menghadiri majlis tayangan perdana filem Lebuhraya Ke Neraka yang diadakan di pawagam di Bukit Bintang.[53] Mamat bagaimanapun berada dalam keadaan stabil,[54] namun tetap berada di bawah pemantauan doktor berikutan tekanan darahnya yang tinggi.[55][56]

Mamat merupakan antara selebriti kelahiran Perak yang menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya umum ke-14, beliau mengundi di pusat mengundi Sekolah Rendah Agama Sungai Rokam dan merupakan kali keempat mengundi bagi kawasan Parlimen Gopeng dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat di sini, beliau mengakui suasana pilihan raya 2018 memberi ilham kepadanya.[57][58]

Rujukan

WikiPedia: Mamat_Khalid http://english.astroawani.com/entertainment-news/f... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/apokalips... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/husin-mon... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/manap-kar... http://www.astroawani.com/video-hiburan/16-puasa-s... http://tempurungpecah.blogspot.com http://www.budiey.com/filem-zombi-kampung-pisang-k... http://www.calmille.com/news/?p=708 http://www.filemkita.com/filem/t/tipah_tertipu_01.... http://www.gempak.com/artikel/7486/hantu-kak-limah...